Nuffnang

Friday, January 18, 2013

Pemilihan Hosting Berbayar atau Percuma



www.jutawandotnet.blogspot.com adalah nama blog atau website saya. Kalau anda sudah tahu membuat blog, tahniah saya ucapkan tetapi bagi yang tidak tahu, anda boleh mula untuk belajar bagaimana mereka cipta blog atau website anda sendiri. Dengan mempunyai blog sendiri kita boleh melebarkan sayap kita dengan lebih meluas lagi. 

Ada blog yang percuma dan ada pula blog yang berbayar. Blog saya ini adalah yang percuma, maka kita kena guna nama blog dia, macam blog saya ni  www.jutawandotnet.blogspot.com yang mempunyai nama penyedia blog ini. Tapak-tapak yang percuma adalah seperti blogspot, wordpress, weebly, webstart dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan nama hosting blog seperti www.namaanda.blogspot.com kepada www.namaanda.com, anda perlu menyewa tapaknya. Ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung kepada keluasan tapak yang ingin anda sewa. Kebanyakkan sewanya perlu dibayar setiap tahun dan ada pula setiap bulan. Jadi terpulang tapak mana hendak disewa. Setiap pilihan ada baik dan buruknya.

Terpulang kepada anda samada hendak yang berbayar ataupun yang percuma. Kelebihan web yang percuma adalah ianya percuma tetapi simple berbanding dengan yang berbayar. Kekurangannya adalah website kita tidak kelihatan profesional kerana terpaksa memakai nama mereka. Manakala hosting yang berbayar, website anda kelihatan professional kerana menggunakan terus nama pilihan anda dan ianya mempunyai banyak widgets atau tools yang boleh digunakan.

Bagi hosting yang berbayar anda boleh  menyewa domain yang berakhir dengan dotCOM, dotNET, dotORG atau dotWS atau apa-apa yang terdapat dipasaran.


Bagi yang baru hendak belajar membuat blog atau website sendiri saya cadangkan anda menggunakan hosting yang percuma dahulu bagi memahirkan diri. Dan apabila anda telah merasakan bahawa anda telah mahir menggunakannya dan perniagaan anda semakin bekembang, anda bolehlah upgrade kepada berbayar.





No comments:

Post a Comment