Nuffnang

Friday, August 13, 2010

Tipu


Elak Jadi Mangsa Pelaburan Haram
Orang ramai perlu waspada skim cepat kaya

Orang ramai yang berminat dengan pelbagai tawaran skim pelaburan diingatkan lebih bijak membuat pilihan mengenal pasti ciri-ciri syarikat pelaburan haram menggunakan formula khas T.I.P.U. bagi membolehkan mereka membuat penilaian awal sebelum melaburkan wang.


Formula TIPU itu adalah bersasaskan konsep TIDAK AKAN RUGI?.... Indah khabar dari rupa....PELUANG HANYA SEKALI dan UNTUNG BESAR.

Kebanyakan syarikat pelaburan akan memberi jaminan pelabur tidak akan rugi bahkan menawar pulangan serta merta 20 peratus daripada nilai pelaburan setiap bulan, sedangkan ia hanya janji kosong.


"Janji yang ditabur syarikat pelaburan haram
sebenarnya indah khabar daripada rupa
kerana jaminan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko kewangan
sebenarnya tidak logik seolah-olah pelaburan mereka
dijamin sepenuhnya untung".


Istilah peluang hanya sekali diakui sering diutarakan
syarikat pelaburan bagi memastikan mangsa mereka membuat
KEPUTUSAN CEPAT TANPA BERFIKIR PANJANG.
Mereka biasanya akan menghebahkan isitialh
"MELABURLAH SEKARANG ATAU
ANDA AKAN KETINGGALAN DAN KERUGIAN".

Jaminan bakal mendapat untung besar dalam masa singkat sebenarnya tidak wujud kerana syarikat itu, pada hakikatnya hanya menjalankan satu urus niaga tunai secara tergesa-gesa bagi mengelakkan tembelang mereka terbongkar.

Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) yang memperkenalkan formula itu menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan panduan pelaburan secara bijak dengan menyemak maklumat di laman web pelabur Malaysia...www.min.com.my.

"Ramai yang terpedaya dengan skim pelaburan menipu tetapi jumlah yang berani membuat aduan terlalu kecil. Mereka beranggapan hanya kurang bernasib baik dan menyerahkan kepada takdir tanpa membuat laporan kepada pihak berkuasa. Sikap acuh tidak acuh inilah sebenarnya menggalakkan skim pelaburan semakin bercambah. Jika ada kerjasama daripada mangsa, ia sebenarnya boleh membantu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membenteras kegiatan mereka sebelum orang lain terkena ," kata jurucakap SIDC.

Beliau mengingatkan bakal pelabur yang mengesan tanda-tanda wujudnya satu daripada unsur TIPU dalam mana-mana tawaran dan mengesyaki ia suatu skim yang mencurigakan, perlu segera membuat laporan.

Bagi mengelakkan ditipu, pelabur dinasihatkan supaya menggunakan pendekatan C.E.L.I.K. bagi memudahkan mereka mengenal pasti pelaburan tidak sah. Konsep CELIK itu adalah berasaskan pendekatan Curiga; Elak emosi; Lesen; Informasi dan Kuat semangat sebelum sebarang keputusan untuk melabur.

Perasaan curiga perlu ada dalam diri kerana ia langkah berwaspada dengan terus mempercayai pada didengar. Jika sesuatu itu nampak seperti sukar dipercayai, biasanya ia tidak boleh dipercayai.




Petikan Berita Harian Sabtu 7 Ogos, 2010

Skim Piramid

ELAKKAN TERPERANGKAP SKIM PIRAMID
KENALI BENTUK PERNIAGAAN MLM BERETIKA


Isu penipuan melalui aktiviti jualan langsung oleh syarikat jualan langsung (MLM) yang berbentuk Skim Piramid atau cepat kaya hangat diperkatakan.

Walaupun bukan perkara baru kaedah MLM sudah sekian lama wujud di negara kita, namun sejak kebelakangan ini semakin banyak syarikat MLM tumbuh dan kecanggihan teknologi maklumat membuatkan promosi mencari ahli/pengdar dilakukan dengan meluas.


Ciri-ciri Asas Skim Piramid
  • Ahli terawal menikmati lebih banyak keuntungan.
  • Penyusunan ahli secara automatik.
  • Memaksa ahli/pengedar membeli barangan/servis pada harga yang tinggi/mahal (front Loading).
  • Diberi taraf (seperti Gold, Diamond, Platinum) melalui pembelian produk.
  • Jaminan pulangan tinggi terhadap pelaburan (seperti 10% sebulan).
  • Pulangan tinggi tanpa menjalanlan perniagaan, cuma perlu mencari ahli baru (down line).
  • Nilai sebenar barangan lebih rendah daripada wang yang dilaburkan.
MLM BERETIKA / SAH
Bonus/Ganjaran
  1. Berdasarkan nilai jualan
  2. Berdasarkan pengembangan jaringan untuk meningkatkan jualan kumpulan

MLM SKIM PIRAMID
Bonus/ganjaran
  1. Berdasarkan penajaan atau kemasukan ahli/pengedar baru.
  2. Berdasarkan pelan pemasaran.
  3. Melalui operasi/proses berantai.
  4. Tidak berdasarkan jualan produk/servis.

    SKIM PIRAMID JUGA DIKAITKAN DENGAN PENYATAAN BERIKUT :

  • ANDA TIDAK PERLU MENJUAL BARANG UNTUK MENDAPATKAN GANJARAN/KEUNTUNGAN
  • LETAK SAJA DUIT UNTUK BUAT DUIT
  • BELI ATAU LABUR SEKARANG AMBIL BARANG KEMUDIAN


Petikan Berita Harian Sabtu 7 Ogos 2010