Nuffnang

Monday, December 10, 2012

Renung Sejenak


Semasa saya melayari cerita-cerita di internet, saya tertarik dengan yang ini, yang memberikan satu pengertian dan penghayatan yang murni.

Seorang penceramah telah memulakan mukadimah ceramahnya.

Dengan memegang wang kertas RM100, dia bertanya kepada hadirin, "Siapa yang nak duit ini?". Ramai hadirin yang mengangkat tangan. "Saya cuma dapat memberikan kepada salah seorang daripada kamu. Sebelum itu, izinkan saya buat ini dulu."

Lalu dia meramas-ramas wang tersebut sehingga renyuk. Dia pun bertanya "Siapa yang masih mahu duit ini?". Kelihatan tangan yang mengangkat masih ramai.

"Baiklah," jawabnya. "Macamana pula bila saya melakukan ini?" Lantas menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyek dengan kasut dia. Maka wang tersebut sudah kelihatan kotor, lusuh dan amat renyuk.

"Baiklah, siapa yang masih berminat?"

Tangan yang diangkat ke udara masih tetap ramai.

Penceramah itu pun berkata, "Para hadirin sekalian, anda baru saja mempelajari satu pelajaran rohani. Apapun yang terjadi kepada wang ini, anda semua masih berminat lagi terhadapnya kerana apapun yang telah saya lakukan tidak akan mengurangkan nilainya RM100."

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, ternoda, diselubungi dosa terhadap tindakan salah yang kita lakukan dahulu. Walau bagaimana kotor pun kita, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. "

Sayangilah diri kita, segera bertaubat jika membuat DOSA. Jangan biarkan diri di RANTAI DOSA. Teruskan BERUSAHA jika gagal KERANA DIRI KITA SEBENARNYA AMAT BERHARGA.

Janganlah kita terlupa, kita adalah makhluk ALLAH yang dipandang sama, hanya IMAN dan TAKWA yang membezakan kita.