Nuffnang

Sunday, January 20, 2013

Mempunyai Blog Sendiri


ANDA PASTI TIDAK MAHU TERPINGGIR OLEH
 ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT!!


KENAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI BLOG ANDA SENDIRI SAMADA UNTUK PERNIAGAAN MAHUPUN PERSENDIRIAN


Pengiklanan Tanpa Sempadan
Di Internet anda meletakkan pengiklanan anda tanpa sempadan. perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di pelusuk dunia ini.

Pengiklanan Tanpa Had Masa
Pengiklanan di Internet bermakna seolah-olah perniagaan anda diiklankan tanpa had masa dan pada bila-bila masa sahaja.

Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had
Di Internet jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda dapat berhubung dengan perniagaan lain seberapa banyak yang anda suka dengan mudah dengan membina pautan perniagaan lain di laman web anda.

Kos Yang Percuma Ataupun Rendah Untuk Pengiklanan
Anda tidak memerlukan kerja lebih atau mengeluarkan peluh bagi mempromosikan perniagaan atau produk anda. Anda tidak perlu mengeluarkan kos bagi mengajikan seseorang bagi mempromosikan perniagaan atau produk anda.Sekiranya anda menggunakan blog yang percuma yang disediakan maka anda tidak perlu membayar nama domain bagi yang mebelinya.

Lihatlah terlalu banyak kelebihan-kelebihan yangdapat dimiliki perniagaan di internet.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH SAYA UNTUK MEMBUAT BLOG ANDA

  • Upah membuat blog pada kadar yang rendah
  • Saya membuat blog anda dari A hingga Z. Anda cuma perlu menyediakan maklumat-maklumat dan gambar-gambar yang disimpan dalam komputer untuk mereka bentuk blog anda
  • Saya akan membuat BLOG PERNIAGAAN atau BLOG PERSENDIRIAN anda dahulu baru pembayaran akan dibuat.

Sekiranya anda memerlukan khidmat, sila hubungi :

Alzahri Mohd Dom
0148150511 (call/sms/whatsapp)
alzahri711@gmail.com














Friday, January 18, 2013

Pemilihan Hosting Berbayar atau Percuma



www.jutawandotnet.blogspot.com adalah nama blog atau website saya. Kalau anda sudah tahu membuat blog, tahniah saya ucapkan tetapi bagi yang tidak tahu, anda boleh mula untuk belajar bagaimana mereka cipta blog atau website anda sendiri. Dengan mempunyai blog sendiri kita boleh melebarkan sayap kita dengan lebih meluas lagi. 

Ada blog yang percuma dan ada pula blog yang berbayar. Blog saya ini adalah yang percuma, maka kita kena guna nama blog dia, macam blog saya ni  www.jutawandotnet.blogspot.com yang mempunyai nama penyedia blog ini. Tapak-tapak yang percuma adalah seperti blogspot, wordpress, weebly, webstart dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan nama hosting blog seperti www.namaanda.blogspot.com kepada www.namaanda.com, anda perlu menyewa tapaknya. Ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung kepada keluasan tapak yang ingin anda sewa. Kebanyakkan sewanya perlu dibayar setiap tahun dan ada pula setiap bulan. Jadi terpulang tapak mana hendak disewa. Setiap pilihan ada baik dan buruknya.

Terpulang kepada anda samada hendak yang berbayar ataupun yang percuma. Kelebihan web yang percuma adalah ianya percuma tetapi simple berbanding dengan yang berbayar. Kekurangannya adalah website kita tidak kelihatan profesional kerana terpaksa memakai nama mereka. Manakala hosting yang berbayar, website anda kelihatan professional kerana menggunakan terus nama pilihan anda dan ianya mempunyai banyak widgets atau tools yang boleh digunakan.

Bagi hosting yang berbayar anda boleh  menyewa domain yang berakhir dengan dotCOM, dotNET, dotORG atau dotWS atau apa-apa yang terdapat dipasaran.


Bagi yang baru hendak belajar membuat blog atau website sendiri saya cadangkan anda menggunakan hosting yang percuma dahulu bagi memahirkan diri. Dan apabila anda telah merasakan bahawa anda telah mahir menggunakannya dan perniagaan anda semakin bekembang, anda bolehlah upgrade kepada berbayar.





Monday, January 14, 2013

Jutawan Dot Net: Perihal Diriku



Berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Design & Manufacturing), masih lagi bekerja. Disamping itu melibatkan diri sebagai Part Time Internet Marketer.
Perkhidmatan yang dijalankan adalah

  • Memberi perkhidmatan membuat laman blog perniagaan atau persendirian (wordpress atau blogspot)
  • Menulis blog mengenai pengalaman, perkongsian idea atau cerita, hal ehwal semasa dan lain-lain tanpa mengganggu sensitiviti orang lain

"SEKIRANYA KITA INGIN MENCAPAI KEJAYAAN, 
ORANG PERTAMA YANG HARUS KITA TEMPUHI 
ADALAH DIRI KITA SENDIRI"






www.jutawandotnet.blogspot.com

Alzahri Mohd Dom
0148150511 (call/sms/whatsapp)
alzahrie711@gmail.com

.