Nuffnang

Saturday, March 5, 2011

Destinasiku, Bulan Maduku


UNITED STATE OF AMERICA

Betapa seronok rasanya kerana dapat menjejakkan kaki di Alabama, USA ini, kerana negara yang bersih, cantik dan menarik di kawasan bandar dan persekitarannya. Banyak tempat menarik dan indah yang boleh dilawati. Puas rasa hati kerana dapat berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan....seronooook!




JAPAN

Negara yang menawan hati dengan suasana dan pemandangan yang pasti membuatkan sesiapa saja terasa ingin pergi ke negara matahari terbit ini. Musim bunga yang baru bermula yang terasa dingin seperti berada di dalam bilik berhawa dingin nyaman terasa sambil menghirup udara segar.


Kobe, Japan...

























SINGAPORE

Sentosa Island Singapore, pulau yang terdapat bermacam-macam tempat yang menarik untuk dikunjungi. Walaupun negara yang kecil tetapi tidak cukup sehari untuk dilawati.


Sentosa Island..Tanjung Pagar, Orchard Road, Geylang dan bermacam-macam lagi..





































FRANCE
Memori yang sentiasa segar di dalam ingatan, ketika berbulan madu. Sewaktu musim sejuk dengan pemandangan yang kelihatan abstrak dan romantis.


Dengan senario yang mengasyikkan, pasti sesiapa pun akan mudah tertawan. Sesiapa yang inginkan keromantisannya kunjungilah ke sini. Ingin rasanya hati berkunjung lagi ke sini seandainya berpeluang. Yehh...macam hindustan la pulak...






Sejuknya, tatkala dihembus sang bayu.























SEPANYOL
Barcelona, Sepanyol, melepak di dataran yang penuh dengan burung merpati jinak, seronok dan gembira. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi alan sana jalan sini, lepak sana lepak sini.





Merakamkan kenangan di Barcelona, Sepanyol.

























Barcelona...cantik.





















SUEZ CANAL
Di Suez Canal, Semenanjung Arab..


















Bergambar berlatarbelakangkan Suez Canal terusan buatan manusia yang terpanjang di dunia. Pemandangan yang menakjubkan kelihatan rumah-rumah di tepian terusan.








ITALY
Dengan izin ALLAH, dapat jua saya menjejakkan kaki di negeri ini, dahulunya cuma dengar-dengar dan melihat di kaca TV saja..seronok rasa dihati!!




Italy....musim sejuk...sejuknya..
























EGYPT
Negara yang unik dengan penduduknya yang suka mengambil tau perihal orang yang macam tidak pernah melihat orang luar. Dengan kanak-kanak yang sentiasa mengekori ke mana saja kita pergi untuk meminta-minta.




Seronok juga bershopping dan berjalan-jalan di sini.





























KOREA
Dengan cuaca yang sejuk dan bersalji ketika ini sehingga mencengkam tulang. Macam tak caya je dapat singgah jugak kat Korea ni...hihihi...


...bersama kawan-kawan..






















HONG KONG
Salah sebuah negeri jajahan British yang mempersonakan. Tempat-tempat yang dikunjungi juga menarik dan cantik. Serooooonoknya, best dapat gi jalan-jalan kat Hong Kong ni. Shopping complex dia, fulamak best giler, cuma ongkosnya aje yang terpaksa dilimitkan. Kalau ikutkan hati langsai semua duit, takut nanti balik cari along pulak...hihihi





Hong Kong...


























Sememang seronok dapat melawat negara orang, bermacam-macam pemandangan yang cantik-cantik yang menarik, yang mempersonakan dan musim yang berbeza-beza, pelbagai ragam manusia dengan kehidupannya. Ingin rasanya berkunjung lagi ke negara luar, jauh perjalanan maka luaslah pemandangan.

Tetapi bak kata pepatah..Hujan emas dinegeri orang, baik lagi negeri sendiri.