Nuffnang

Friday, July 30, 2010

Jutawan Internet

Seperti tajuk di atas...JUTAWAN INTERNET!

Adakah senang untuk menjadi JUTAWAN seperti yang diperkatakan mereka yang menjalankan bisnes online di internet? Fahami dulu apa yang ingin saya sampaikan.


Bisnes PART TIME atau FULL TIME yang TIDAK PERLU MENJUAL BARANG tetapi cuma perlu buat promosi (dalam internet, surat khabar, majalah atau edar risalah) untuk cari downline. Tidak perlu pergi pejabat, tidak perlu menempuh trafik jam, boleh pergi melancung, boleh pergi shopping, cuma enjoy saja, duit sentiasa masuk! Betul ke???

Bagi saya, tidaklah mudah! Cakap lebih senang dari membuatnya. Dari beribu-ribu orang, cuma segelintir saja yang mungkin boleh menjadi ribuwan bukannya JUTAWAN!
Pastinya, JUTAWAN bermakna mendapat income terhasil dari bisness yang dilakukan, duitnya RM1,000,000.00 dan lebih. Kalau kurang dari itu, belum lagi jutawan!

Mereka yang melakukan bisnes ini, mesti menyakinkan orang lain dengan mengatakan mudah buat duit cuma dengan hanya duduk menghadap komputer sejam atau dua jam sehari dan klik-klik sahaja, senang cakap dari buat. Tidak perlu jumpa orang kerana cuma perlu join dan beli barang untuk kegunaan sendiri sahaja. Barangan itu samada produk kesihatan atau produk yang digunakan harian ataupun tutorial dalam internet, semua untuk kegunaan sendiri. Yang pasti setiap bulan anda mesti mengeluarkan duit untuk produk ataupun servis tersebut untuk pastikan akaun anda sentiasa aktif. REALITINYA, dia pun terkial-kial hendak membuat duit, tetapi cuba menyakinkan orang yang dia sebenarnya telah berjaya! Tetapi hakikatnya dia sendiri masih sibuk mencari DOWNLINE. Dalam ribu-ribu orang yang join, tidak sampai 10 atau 15 orang yang berjaya dengan income 5 ribu ke 10 ribu sebulan. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya!

Yang berjaya tu..mereka sebenarnya tidak melakukan kerja sejam atau 2 jam seperti yang dikatakan, tapi seharian! Ataupun sebelah malam, dari balik kerja (yang masih bekerja makan gaji) dalam pukul 8 mlm hinggalah pukul 12 mlm, tak pun 1 pagi. Yang buat promosi atau mengadakan ceramah, pastinya pukul 2, 3 pagi baru sampai rumah. Apabila menceburi bidang ini, perlu hadiri taklimat, tutorial class, perlu buat marketing, jumpa orang untuk yakinkan bisnes ini supaya orang itu menjadi downline anda. Lepas seorang, seorang anda perlu jumpa atau berkumpulan untuk yakinkan mereka..dan perlu cakap "bisnes ini memang hebat dan menguntungkan ramai yang telah berjaya, tidak perlu susah payah cuma duduk depan komputer sahaja setiap minggu duit masuk, jangan berlengah..cepat!".Sesiapa yang P.R.O.nya pandai..baguslah. Memang anda perlu yakinkan orang, walaupun pada mulanya anda cuma berhubungan melalui email ataupun sms untuk menyakinkan mereka hakikatnya anda sendiri tidak berapa yakin dan masih tidak ada seorang pun yang berminat untuk menjadi downline anda.

Apabila anda dah mula tawar hati, upline anda akan yakinkan anda, teruskan dan gandakan usaha anda, jangan lambat kerana anda akan terlepas peluang keemasan dan bonus yang berlipat ganda cuba dan cuba lagi income ribuan setiap minggu. Bila mendengar kata-kata begitu, anda bersemangat kembali tetapi masih tiada seorang pun berminat. Yang pasti, duit anda telah dilaburkan dan sentiasa kena membeli pada setiap bulan. Ada yang cuma RM100 setiap bulan, ada yang RM300 dan lebih lagi. Kenapa upline anda mesti yakinkan anda? Kerana melalui anda :
  • walaupun masih tidak mempunyai downline, untuk kekal menjadi ahli, anda masih terus membeli produk atau membayar yuran agar berterusan.

  • sekiranya anda mendapat ramai downline, untunglah dia, boleh relak dan pergi melancung. Kerana apabila anda mendapat downline, pastinya mereka perlu membayar untuk pendaftaran atau beli produk. Oleh itu apabila anda mendapat komisyen upline pun dapat. Kedudukan dia akan menjadi lebih kukuh lagi.
Apa-apa pun semuanya perlukan pengorbanan spt duit, masa dan keluarga. Anda perlu melabur duit dahulu setiap bulan. Anda perlu luangkan masa menghadapi internet setiap hari untuk klik add friend samada dalam facebook, twitter, myspace dan bermacam-macam lagi. Masa yang biasa anda bersantai bersama keluarga terpaksa anda korbankan sebab asyik masyhuk menghadap komputer. Tetapi berapa orang yang berminat untuk menjadi downline anda???

Hakikatnya yang berjaya memang ada tetapi tidaklah semudah yang diwar-warkan dan tidaklah ramai kerana kebanyakkan orang kurang berminat dan kurang yakin dengan bisnes secara online ini. Kebanyakkan orang percaya duit perlulah dicari dengan hasil titik peluh sendiri bukan dengan buat duit dengan duit orang iaitu orang join kita dapat duit. Buat duit dengan mendaftarkan downline sahaja. Yang kena tipu oleh bisnes penipu berapa banyak? Banyak dah kata bisnes dia berjaya, ramai celebrities yang join...tup tup...hancus...!!! duit lesap dan hangus, celebrites pun kena tipu.

Sememangnya, bumi ALLAH ini kaya dengan rezeki, Rezeki ada dimana-mana cuma hendak dengan tidak hendak sahaja..percaya dengan tidak percaya sahaja, halal dengan tidak jer.


Kenapa ye? Kerana semua orang ingin mengecap kejayaan seperti Ikon dan Mentor Jutawan Internet Irfan Khairi? Irfan Khairi melakukan bisnes internet tidak sama seperti apa yang mereka tawarkan. Beliau menjana duit secara aktif dan secara pasif tanpa mengambil duit downline secara yang tidak berkhemah.


Oleh itu....Pelajarilah Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan dari 8 Mentor Jutawan Malaysia yang sebenar-benarnya.


Semua yang saya coretkan di sini adalah sebagai renungan sahaja, untuk difikirkan bersama. Bukan berniat untuk menjatuhkan atau merendahkan sesiapa. Saya masih percaya, kita boleh membuat duit melalui internet tetapi bukanlah seperti yang diperkatakan mereka, senang sangat buat duit, apa lagi bila dikatakan senang je boleh jadi jutawan! Yang inilah dikatakan PENIPU!

Saya telah acapkali diajak oleh kawan-kawan untuk menyertai perniagaan atau program MLM yang dikatakan senang untuk menjual barang dan mendapatkan downline. Sebenarnya saya tidak berminat langsung kerana saya mempunyai pemahaman saya sendiri.

Bagi saya untuk menjalankan satu-satu perniagaan MLM atau program affiliate saya perlu tahu, andaikan saya menyertai perniagaan ini, dan sekiranya saya tidak dapat downline langsung, dan andaikan saya kena maintain jualan setiap bulan "ADAKAH SAYA AKAN MERASA BEBANNYA!!!"

Kalau jawapannya YA, tentulah tak larat nak maintain tiap-tiap bulan. MAKA SAYA TAK AKAN JOIN PERNIAGAAN SEPERTI INI. Kalau jawapannaya TIDAK, saya berkemungkinan akan join perniagaan itu.

Carilah perniagaan yang mempunyai prinsip ini.

Terima kasih


Selamat berjaya kepada semua yang berusaha..tidak kira dalam bidang apapun yang diceburi...asalkan membuatnya secara yang beretika dan berkhemah.